Samsung T629 dan T519: Nipis Betul

Ditulis pada 5/08/06

Gambar Telefon Bimbit Samsung T629 dan T519
(Sumber: Phone Scoop)

Baru-baru ini, trend telefon bimbit seperti sedang beralih kepada telefon-telefon yang nipis. Hanya beberapa minggu yang lalu, Motorola mengumumkan bahawa ia akan mula menjual MOTOFONE - telefon bimbit yang lebih nipis daripada RIZR dan RAZR - pada kuarter ke-4.

Sekarang, kita melihat pula Samsung dengan produk-produk yang hampir sama - terutamanya Samsung T519 yang hanya 7mm tebal. Samsung T629 tidaklah begitu nipis kerana ia merupakan fon jenis slider.

Walau bagaimanapun, mengikut maklumat yang ada sekarang, hanya pengguna-pengguna T-Mobile di Amerika Syarikat yang akan dapat membeli model-model ini. Argh…

[Berita melalui Phone Scoop]

Kad miniSD 2GB Toshiba

Ditulis pada 25/05/06

Gambar Kad miniSD Toshiba
(Sumber: Gizmodo)

Pernahkah anda habis memori apabila memasukkan gambar, musik, dan permainan dalam handphone anda? Jika ya, anda pasti gembira mendengar bahawa Toshiba akan mula menghasilkan kad miniSD yang mempunyai memori berjumlah 2GB.

Memang benar bahawa syarikat lain sudahpun menghasilkan kad miniSD, tetapi kad miniSD ini dikatakan mempunyai kelajuan menulis yang lebih tinggi daripada yang lain, iaitu 5 MB/s.

Tambahan pula, ia akan dijual pada harga yang cukup murah, iaitu US$109, apabila keluar pada Jun tahun ini.

[Berita melalui Gizmodo]

Acer Aspire 9500 Notebook Picture
(Sumber: Engadget)

Ahhh, sememangnya terdapat manfaat jika tinggal di Jepun. Walaupun kos tinggal di sana amat tinggi, negara tersebut sering menjadi rumah teknologi konsumer terkini, seperti telefon bimbit Walkman Sony Ericsson W42S 3G ini.

Sony Ericsson W42S ini mempunyai memori dalaman sebanyak 1GB, tetapi mampu ditambah memori sebanyak 4GB untuk memori sejumlah 5GB! Selain itu, telefon bimbit ini dilengkapkan dengan kamera 1.3 megapixel, skrin LCD 2.2-inci dan radio FM.

Harga W42S ini masih belum dinyatakan, tetapi terdapat sumber yang mengatakan bahawa ia akan dijual pada harga US$181.

[Berita melalui Engadget]