MacMice: The Mouse BT II

Ditulis pada 7/08/06

Gambar The Mouse BT II
(Sumber: MacMice)

Kalau ada duit, semua pun boleh dapat - termasuklah mouse tanpa wayar ini yang cukup padan dengan MacBook. Ia dinamakan The Mouse BT II, dan mempunyai spesifikasi yang tinggi bagi mouse jenis ini.

Antara specs-nya ialah resolusi 800dpi, bateri yang boleh dicaj melalui USB dan sistem MicroScrollâ„¢ yang mudah digunakan.

Tetapi janganlah lupa bahawa mouse ini boleh digunakan bukan sahaja untuk komputer Mac, tetapi juga untuk komputer Windows.

Ia akan mula dijual pada bulan Ogos tahun ini, pada harga US$69.99.

Samsung T629 dan T519: Nipis Betul

Ditulis pada 5/08/06

Gambar Telefon Bimbit Samsung T629 dan T519
(Sumber: Phone Scoop)

Baru-baru ini, trend telefon bimbit seperti sedang beralih kepada telefon-telefon yang nipis. Hanya beberapa minggu yang lalu, Motorola mengumumkan bahawa ia akan mula menjual MOTOFONE - telefon bimbit yang lebih nipis daripada RIZR dan RAZR - pada kuarter ke-4.

Sekarang, kita melihat pula Samsung dengan produk-produk yang hampir sama - terutamanya Samsung T519 yang hanya 7mm tebal. Samsung T629 tidaklah begitu nipis kerana ia merupakan fon jenis slider.

Walau bagaimanapun, mengikut maklumat yang ada sekarang, hanya pengguna-pengguna T-Mobile di Amerika Syarikat yang akan dapat membeli model-model ini. Argh…

[Berita melalui Phone Scoop]

Minox DC 8122

Ditulis pada 5/08/06

Gambar Kamera Minox DC 8122
(Sumber: PhotographyBLOG)

Kini, kamera digital 4.0 atau 6.0 megapixel tidak mencukupi. Untuk menikmati kualiti foto yang tertinggi, anda memerlukan kamera digital 8.0 megapixel… sekurang-kurangnya. Untuk sebab inilah syarikat-syarikat terbesar sering melancarkan kamera sebegitu baru-baru ini, termasuklah Minox dengan kamera 8.1-megapixelnya, Minox DC 8122.

DC 8122 merupakan antara kamera 8 megapixel yang paling ringan dan kecil, dengan berat ~164g dan saiz 93 x 57 x 28 mm. Namun, dengan zoom 6x dan kebolehan menukar kelajuan shutter dan aperture secara manual, tidak boleh dinafikan bahawa kamera digital ini adalah untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Tambahan pula, harganya belum diterbitkan, tetapi saya rasa kita tentu perlu berpisah dengan wang yang cukup banyak.

[Berita melalui PhotographyBLOG]

Kad miniSD 2GB Toshiba

Ditulis pada 25/05/06

Gambar Kad miniSD Toshiba
(Sumber: Gizmodo)

Pernahkah anda habis memori apabila memasukkan gambar, musik, dan permainan dalam handphone anda? Jika ya, anda pasti gembira mendengar bahawa Toshiba akan mula menghasilkan kad miniSD yang mempunyai memori berjumlah 2GB.

Memang benar bahawa syarikat lain sudahpun menghasilkan kad miniSD, tetapi kad miniSD ini dikatakan mempunyai kelajuan menulis yang lebih tinggi daripada yang lain, iaitu 5 MB/s.

Tambahan pula, ia akan dijual pada harga yang cukup murah, iaitu US$109, apabila keluar pada Jun tahun ini.

[Berita melalui Gizmodo]

Headphone Sweex 5.1 Ditaksir

Ditulis pada 25/05/06

Gambar Headphone Sweex 5.1

Headphone Sweex 5.1 yang mampu memberi penggunanya surround sound ditaksir oleh Pocket-lint.co.uk, dan hanya diberi nilai keseluruhan 6/10.

Walaupun ia cukup murah (dijual pada harga lebih kurang US$75), kualiti audio daripada headphone Sweex ini tidak cukup untuk menandingi headphone-headphone yang biasa digunakan oleh penonton filem. Tambahan pula, saiz dan bentuk headphone ini amat ganjil dan mampu menyebabkan kesakitan yang cukup teruk selepas beberapa jam menggunakannya.

Jangan pula lupa bahawa headphone surround sound seperti ini cukup besar dan berat, maka sukar dibawa keluar rumah.

Kasut Tron Adidas

Ditulis pada 24/05/06

Gambar Kasut Tron Adidas
(Sumber: Kotaku)

Stan Smith II Comfort BL4. Itulah nama kasut Adidas yang memaparkan karakter-karakter Tron pada badannya. Cukup janggal uhm… cantik bukan?

Untuk sesiapa yang tidak pernah dengar tentang Tron (rasanya segelintir orang sahaja), Tron merupakan satu filem lama tentang dunia teknologi tinggi, yang telah mendapat sambutan yang amat baik semasa ia pertama ditayangkan.

Bagi generasi kini, dunia Tron ini dapat dikenali melalui permainan video Tron 2.0 yang dikeluarkan beberapa tahun lalu.

[Berita melalui Kotaku]

Acer Aspire 9500 Notebook Picture
(Sumber: Engadget)

Ahhh, sememangnya terdapat manfaat jika tinggal di Jepun. Walaupun kos tinggal di sana amat tinggi, negara tersebut sering menjadi rumah teknologi konsumer terkini, seperti telefon bimbit Walkman Sony Ericsson W42S 3G ini.

Sony Ericsson W42S ini mempunyai memori dalaman sebanyak 1GB, tetapi mampu ditambah memori sebanyak 4GB untuk memori sejumlah 5GB! Selain itu, telefon bimbit ini dilengkapkan dengan kamera 1.3 megapixel, skrin LCD 2.2-inci dan radio FM.

Harga W42S ini masih belum dinyatakan, tetapi terdapat sumber yang mengatakan bahawa ia akan dijual pada harga US$181.

[Berita melalui Engadget]